Penggunaan bunga
rampai adalah sangat sinonim dengan masyarakat Melayu. Ianya digunakan untuk majlis-majlis tertentu
seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis berkhtatan, majlis potong
jambul dan majlis meraikan orang-orang ternama.
Dimajlis-majlis ini, bunga rampai disediakan dalam bekas khusus bermacam
gubahan dan dijadikan sebagai saguhati kepada tetamu yang hadir.
Bunga rampai
dibuat dengan menggunakan hirisan halus bunga harum terpilih seperti melor,
kenanga, cempaka, kemboja, tanjung dan dicampur dengan pandan. Bahan lain yang digunakan ialah kulit dan
daun limau purut, Hirisan bunga yang tidak harum seperti bunga kertas juga
digunakan untuk mendapatkan warna yang menarik. Bagi menguatkan lagi
keharumannya, bunga kertas juga dicampur dengan minyak wangi pilihan seperti
mawar, patchowali dan sebagainya bergantung kepada pilihan dan tema sesuatu
majlis.
Keharuman yang terhasil daripada bunga rampai akan impak kesegaran bagi
sesuatu majlis.
No comments:
Post a Comment