Saturday 26 October 2013

Bunga Mawar

Bunga Harum & Mandi Bunga

Bunga Harum & Bunga Rampai


Penggunaan bunga rampai adalah sangat sinonim dengan masyarakat Melayu.  Ianya digunakan untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis berkhtatan, majlis potong jambul dan majlis meraikan orang-orang ternama.  Dimajlis-majlis ini, bunga rampai disediakan dalam bekas khusus bermacam gubahan dan dijadikan sebagai saguhati kepada tetamu yang hadir. 
Bunga rampai dibuat dengan menggunakan hirisan halus bunga harum terpilih seperti melor, kenanga, cempaka, kemboja, tanjung dan dicampur dengan pandan.  Bahan lain yang digunakan ialah kulit dan daun limau purut, Hirisan bunga yang tidak harum seperti bunga kertas juga digunakan untuk mendapatkan warna yang menarik. Bagi menguatkan lagi keharumannya, bunga kertas juga dicampur dengan minyak wangi pilihan seperti mawar, patchowali dan sebagainya bergantung kepada pilihan dan tema sesuatu majlis. 
Keharuman yang terhasil daripada bunga rampai akan impak kesegaran bagi sesuatu majlis.


Thursday 24 October 2013

Melor

Nama saintifik : Jasminum sambac
Famili : Oleaceae
Nama lain : Melati (Indonesia)
Jenis : Menjalar
Pembiakan: Keratan batang
Keperluan Pertumbuhan : Memerlukan media pertumbuhan yang mengandungi bahan organik tinggi, subur dan saliran yang baik.
Moforlogi : Sejenis tanaman yang berbantang lembut, boleh tumbuh menjalar beberapa meter jika tidak dipangkas.  Tanaman ini boleh dilatih untuk memanjat pagola dan para yang dibina untuknya.  Daun hijau tua dan licin berkilat. Bunga bewarna putih dan berbau harum.  Sebanyak 2 varieti telah dikenalpasti iaitu yang mempunyai kelopak bunga yang selapis atau bersusun (dua lapis)
Kegunaan : Taman aromaterapi, perhiasa pagola, trelis dll
Catatan :

Jeliti


Nama saintifik : Wrightia religiosa
Famili : Apocynaceae
Nama lain : Santalia, melati, anting puteri (Indonesia), water plum (English)
Jenis : Pokok renek
Pembiakan: Keratan batang
Keperluan Pertumbuhan : Memerlukan kawasan yang subur, kandungan bahan organik yang tinggi. Tumbuhan ini memerlukan air yang banyak.
Moforlogi : Mempunyai batang yang tumbuh menegak dan ranting yang banyak dan rapat.  Batang yang lembut dan mudah dibentuk menjadi ia amat disukai untuk dijadikan bonsai. Bunga, kecil (macam anting-anting) dan berbau wangi.  Kawalan masa berbunga boleh diatur dengan merancang pemberia air, membaja dan pemangkasan. 
Kegunaan : Taman aromaterapi
Catatan :

Cempaka Putih


Nama saintifik :  Michelia alba
Famili :  Magnoliaceae
Nama lain :  White champaca
Jenis : Pokok kecil
Pembiakan: Biji
Keperluan Pertumbuhan : Memerlukan kawasann yang redup, lembab dan tanah yang subur dan mempuyai saliran yang baik.
Moforlogi : Pokok ini tumbuh rendang dengan beberapa cabang utama tumbuh dan cabang sisi yang tumbuh mendatar.  Daun berbentuk lonjong, berwarna hijau muda semasa muda dan bertukar kepada hijau berkilat apabila matang.  Kelopak bunga berwarna putih susu dan berbau sangat harum.

Kegunaan : Banyak ditanam sebagai pokok teduhan kerana bunganya yang sangat harum.
Catatan :

Yesterday Today Tomorrow

Yesterday, Today & Tomorrow (Perubahan warna bunga)
Nama saintifik : Brunfelsia pauciflora
Famili : Solanaceae
Nama lain : Morning, noon and night, Brazil rain tree
Jenis : Pokok renek
Pembiakan: Keratan batang muda.
Keperluan Pertumbuhan : Memerluknan kawasan yang subur, salinan yang dan kandungan bahan yang tinggi.  Memerlukan air dan cahaya matahari yang bnayak untuk petumbuhan yang baik.
Moforlogi : Tumbuhan renek yang boleh mencapai 2.5 m tinngi dan Bunga berwarna unggu pada hari pertama dan bertukar kepada lavender pada hari kedua dan putih pada hari tiga. Namanya diberi berdasarkan warna bunga yang berbeza antara hari pertama, kedua dan ketiga.
Kegunaan : Ditanam sebagai tanaman landskap kerana bunganya yang terang, bertukar warna dan kerana berbau wangi.
Catatan :

Cempaka Kuning


Nama saintifik :  Michelia champaca
Famili :  Magnoliaceae
Nama lain :  Yellow champaca (English)
Jenis : Pokok kecil
Pembiakan: Biji
Keperluan Pertumbuhan : Perlu kawasan yang redup, lembab disamping tanah yang subur dan saliran yang baik.
Moforlogi : Tumbuh rendang, mempunyai batang warna kelabu dan daun hijau muda dengan permukaan yang licin.  Bunganya berwarna jingga, sangat wangi dan kelopak berbentuk lonjong.  Buah berbentuk bujur telor dan berwarna perang.
Kegunaan : Ditanam sebagai pokok teduhan kerana bunganya yang wangi.  Bunganya banyak digunakan dalam dalam ramuan mandi bunga dan bunga rampai. 
Catatan :

Tanjong


Nama saintifik :  Mimusops elengi
Famili :  Sapotaceae
Nama lain :  Spanish cherry
Jenis : Pokok kecil
Pembiakan: Biji
Keperluan Pertumbuhan : Memerlukan kawasan yang subur, saliran yang baik cahaya matahari yang banyak
Moforlogi : Pokok tumbuh rimbun dengan dahan yang tumbuh teratur dibatang. Daunnya berbentuk bujur, sederhana besar, keras dan berwarna hijau berkilat.  Warna kecil berwarna krim dan berbau sangat wangi.  Buah berbentuk bujur telor, berwarna hijau ketika muda bertukar kepada jingga apabila matang.

Kegunaan : Ditanam sebagai pokok teduh ditaman. Beberapa bahagian tanaman ini digunakan untuk pelbagai penyakit.
Catatan :

Kenanga

Nama saintifik :  Canangium odoratum
Famili :  Annonaceae
Nama lain :  Ylang-ylang
Jenis : Pokok kecil
Pembiakan:  biji benih, keratan batang atau tut
Keperluan Pertumbuhan :
Moforlogi :  Pokok ini mempunyai beberapa cabang utama dari pangkal dan merimbun. Daun hijau, dengan urat daun yang jelas dan kelihatan berombak, bentuknya panjang, tirus
dan sederhana besar. Bunga berwarna hijau kekuningan dan bertukar kuning apabila
matang. Mempunyai 6 kelopak yang panjang dan kerinting serta berbau harum apabila
matang.
Kegunaan : Ditanam kerana bunganya yang wangi.  Bunganya digunakan sebagai ramuan untuk mandian bagi wanita selepas bersalin.
Catatan :

Kesidang



Nama saintifik : Vallaris glabra
Famili : Apocynaceae
Nama lain : Tikam seladang (Pantai Timur), Kerak nasi (Utara), bread flower (English)
Jenis : Menjalar
Pembiakan: Keratan ranting, tut, baringan (layering)
Keperluan Pertumbuhan : Memerlukan kawasan yang subur, kandungan bahan organik yang tinggi dan saliran yang baik
Moforlogi : Sejenis tumbuhan yang tumbuh menjalar, mempunyai batang yang kecil tetapi keras (apabila matang), mempunyai banyak cabang sesuai untuk dijadikan tanaman pergola atau junjung.  Daun berukuran 6-8 cm panjang dan berwarna hijau muda.
Kegunaan : Ditanam kerana bunga yang wangi.  Bunganya digunakan untuk ramuan bunga rampai dan hiasan dalam tapak sireh untuk istiadat orang Melayu. 
Catatan : Bunga ini dijadikan bunga resmi negeri Melaka.